Rasullullah
s.a.w bersabda:”Sesungguhnya marah itu berasal dari syaitan , dan
sesungguhnya syaitan itu di ciptakan dari api , sedangkan api hanya boleh
dipadamkan dengan air . Oleh itu , apabila seorang dari kamu marah , maka
hendaklah ia berwudhuk(HR Abu Dawud)
Rasullullah
s.a.w said:"The best Jihad is self-control."
_________________________________________
Sebab itu bagi saya , jika kita membaca Al-Quran iadapat melembutkan hati kita dalam apa-apa jua masalah kita hadapi . Ketika
membaca Al-Quran pasti kita akan menemui beberapa ayat yang memberi
kesan kuat kepada hati kita . Maka ulangilah ayat-ayat tersebut dengan
tadabbur dan khusyuk . Kerana sesungguhnya hidayah datang dalam pelbagai
sudut dan bentuk . Semoga Al-Quran menjadi teman hidup kita sentiasa . Menjadi pengubat kesedihan dan penenang keresahan.
Di antara cara mengawal perasaan marah sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah , mengucapkanlah " Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk" . Ini
adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan , ataupun kita diam atau tidak berbicara . Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri
maka hendaklah dia duduk . Jika tidak reda juga maka hendaklah dia
baring sebaik-baiknya solat sunat dua rokaat . Kita juga boleh berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah.
__________________________________________
Rasullullah s.a.w said:"The strong man is not the one who can wrestle "fight" , the strong man is the one who controls himself at the time of anger."